Entry: Musim Berganti Saturday, November 01, 2008




Musim Berganti

Musim silih berganti,
bertukar bagai mimpi,
pergi bagai ilusi,Center
mencari realiti.

Musim panas membakar,
angin kering berputar.

Musim luruh tiba,
dedaun kering jatuh ke riba.

Musim dingin membeku,
aku menjadi kaku.

Musim bunga menyeri,
mewarna hidup ini.

Musim silih berganti,
aku sedia menanti.

-Azuna-

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments