Entry: Ramadhan Thursday, August 28, 2008



   

Ramadhan Datang Lagi

Anak bulan mengintai di balik awan,
tanda bermulanya Ramadhan,
bulan keberkatan,
bulan ketakwaan,
bulan untuk berpuasa sebulan.

Ramadhan datang lagi,
mencari rahmat Illahi,
banyakkan muhasabah diri,
moga amalan diberkati.

Ramadhan menguji iman,
Ramadhan memohon keampunan,
banyakkan amalan,
solat tarawikh jangan dilupakan.

Ramadhan datang lagi,
rebutlah peluang yang dijanji,
sama-samalah menghayati,
bulan yang dinanti ini.

-Azuna-

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments