<body> Dayang Senandung
Photobucket


PROFILE


Photobucket

AZUNA
Live in England
Hobbies are writting and cooking
My Email:






LINK ME

azuna - Link Me To Your Weblog !!!




TAG BOARD








CALENDER



<< August 2017 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31



LINKS
Web Links

  • Berita Harian
  • harian metro
  • Islam Network
  • New Straits Times
  • Sitizone
  • Tokeikedai
  • Utusan Malaysia
  • Jahilgoblog
  • Malaysiakini
  • PKR
  • Malaysia Today
  • Harakahdaily
  • TV Pas
  • Aljazeera
  • Youtube
  • Yahoo
  • HSBC
  • Photobucket
  • Blogdrive
  • Oggix


  • Favorite Links

  • Abang Long
  • Abang Putra
  • Anwar
  • Azlanlin
  • Azmin
  • 5sal
  • Acai
  • Adnil
  • Aisyah
  • Alsa
  • Amanitium
  • Arizs
  • Atul
  • Ayumi
  • Aza
  • Azwa
  • Badai
  • Bahirah 94
  • Bro Rick
  • Budak Penang
  • Bundanaila
  • Chii
  • Cik Diari
  • Cikgu Fizik
  • Cikscarlet
  • Cleoblog
  • Ctzie
  • Cyclips
  • Dee
  • Dieda
  • Dheqchik
  • Dhant
  • Dhie
  • Diya
  • Dragon
  • Ducks
  • Ebikko
  • Edyda
  • Elly
  • Em
  • Eyah
  • Eva
  • Farid Fadhly
  • FarEast
  • Fauziah
  • Fazamania
  • Froggie
  • Gie
  • Hambaly
  • Hayat
  • He
  • Honey
  • Huddie
  • Iera
  • Imam
  • Iyandz
  • Izalifa
  • Iziana
  • Junaidix
  • KakLady
  • KakLong
  • Kancil
  • Kaseh
  • Katarsis
  • Keadilan
  • KhaL
  • Kicap
  • kilyzz
  • Khadijah
  • Kujie
  • Kuncup
  • kurekure
  • Lady Ugly
  • Luna
  • Maccarulez
  • Malin Kudang
  • Man
  • Marhaen
  • Matju2509
  • Mersik
  • Mild
  • Mizi
  • Mr Shai
  • Musafirminda
  • Nagacute
  • Naguib
  • Nana
  • Nashrex
  • Nizie
  • Noamie
  • Noushy Syah
  • Madi
  • Pakcik MMA
  • Pengkritik Blog
  • Pesona91
  • Pixie
  • Radisalaf
  • Reiz1
  • Rustam
  • Ryn
  • sajeaje
  • Sanchai
  • Saridahamid
  • Shunjike7
  • Sham101
  • Sk
  • Skruemas
  • Shadow X 19
  • Shimahz
  • Shay
  • Spiral
  • SriDiah
  • Syiekatsuya
  • Syila
  • Teru_yun
  • Tian Chua
  • un4hetable
  • Ustad
  • Wew
  • Wirawan
  • X lawa tapi manis
  • Yassin
  • Shamsul
  • Syafiqnet
  • Yassir
  • Yatts
  • Yaya
  • Yonna
  • Zackderocha
  • Zam
  • Zura
  • Zz








  • Free Web Counter
    hit Counter







    rss feed

    POWERED BY


    Cursors


    BLOGDRIVE
    TEMPLATES




    Layout by
    manchester gay village
    Thursday, August 07, 2008
    Jangan Bunuh Rama-rama

      

    Jangan Bunuh Rama-rama

    Jangan bunuh rama-rama itu,
    biarkan ia terbang jauh,
    merentas lautan maya,
    mencari pelbagai bunga,
    memenuhi mimpi,
    penuh ilusi.

    Sang rama-rama itu,
    hinggap di pohon berduri,
    mencari rezeki,
    di celah-celah kuntuman bunga,
    menghirup madu semanis gula,
    dari bunga mekar mewarna.

    Tapi awas si rama-rama,
    haruman bunga tidak kekal lama,
    pohon berduri boleh melukai,
    diri, hati dan nurani.

    -Azuna-

     

    Posted at 11:13 pm by azuna
    Make a comment  

    Wednesday, August 06, 2008
    Camar Ingin Pulang


    Camar Ingin Pulang

    Burung camar putih,
    mendepang sayapnya,
    ingin kembali pulang ke sarang.

    Burung itu
    patah sayapnya di sambar helang
    bertenggek di batu merenung sayu
    pada lautan biru
    menunggu peluang
    untuk kembali ke daerahnya dulu.

    Burung camar itu
    berlagu sayu, merayu penuh sendu,
    hajatnya untuk bertemu
    ibu terhalang
    oleh kepincangan pada diri
    akibat takdir Ilahi.

    -Azuna-

    (Ibu Sang Camar sudah tiada untuk menyambutnya bila pulang nanti)



    Posted at 08:26 pm by azuna
    Make a comment  

    Monday, August 04, 2008
    Kucingku Sayang

       

    Kucingku Sayang

    Meow, meow..
    kucingku..
    menunggu susu dari ibu,
    berebut kehangatan selalu,
    menanti belaian dari ku.

    anak kucingku..
    melompat riang,
    berlari girang,
    aku sayang.

    Meow meow..
    kucingku
    ku rindu suara itu,
    ditiup angin bayu
    makin jauh di telan waktu.

    -Azuna-

     

    Posted at 01:58 pm by azuna
    Make a comment  

    Sunday, July 20, 2008
    Sang Rajawali Difitnah Lagi

       


    Sang Rajawali  Difitnah  Lagi


    Sang Rajawali difitnah lagi,
    sepuluh tahun masih diingati,
    dipukul setengah mati,
    dipenjara di sangkar besi.

    Rajawali mahu terbang tinggi kini,
    namun ramai mata yang iri,
    beliau difitnah lagi,
    oleh mereka yang berkepentingan diri,
    dan yang hidung tinggi.

    Rajawali tidak mudah mengalah,
    tidak mudah menyerah,
    demi maruah..

    -AZUNA-


    Posted at 08:53 am by azuna
    Make a comment  

    Sunday, July 13, 2008
    Sehelai Sejadah Biru

       



    Sehelai Sejadah Biru


    Sehelai sejadah biru,
    terhampar di ruang tamu,
    menunggu waktu,
    bila nama Mu di seru.

    Sehelai sejadah biru,
    penunggu setia ruang itu,
    walau tiada yang bertandang,
    sejadah tetap terbentang.

    Sehelai sejadah biru,
    tidak jemu menunggu,
    walau semakin di lupa,
    pemilik yang sibuk dunia.

    -Azuna-


    Posted at 09:33 pm by azuna
    Make a comment  

    Wednesday, June 18, 2008
    Ibu Telah Pergi

    Ibu Telah Pergi

    Ibu telah pergi,
    dipanggil Illahi,
    doaku iringi
    agar rohmu dilimpahi rahmat illahi.

    Al Fatihah..

    (ibu Azuna telah kembali kerahmatullah pada 18 Jun 2008)

     

     

     


    Posted at 08:54 pm by azuna
    Make a comment  

    Sunday, June 15, 2008
    Suara

    Suara

    Ku dengar suara,
    menyeru Illahi,

    Melantun suaranya,
    memecah sunyi,

    Ku dengar suara,
    berzikir lagi,

    Melantun suaranya,
    memecah sepi,

    Ku dengar suara,
    bergema kembali,

    Mengembalikan mimpi,
    mengusik memori,

    Suara berbisik,
    mengetuk sepi,

    Berbunyi gemersik,
    seakan mengaji.

    Suara .. oh suara
    terhenti kini,
    tidak berbunyi lagi,
    tika nafasnya berhenti,

    M..A..T..I..

    -Azuna-


    Posted at 08:07 pm by azuna
    Make a comment  

    Wednesday, April 16, 2008
    Rajawali

    RAJAWALI

    (sajak W.S Rendra)

    Sebuah sangkar besi
    tidak bisa mengubah rajawali
    menjadi seekor burung nuri

    rajawali adalah pacar langit
    dan di dalam sangkar besi
    rajawali merasa pasti
    bahwa langit akan selalu menanti

    langit tanpa rajawali
    adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma
    tujuh langit, tujuh rajawali
    tujuh cakrawala, tujuh pengembara

    rajawali terbang tinggi memasuki sepi
    memandang dunia
    rajawali di sangkar besi
    duduk bertapa
    mengolah hidupnya

    hidup adalah merjan-merjan kemungkinan
    yang terjadi dari keringat matahari
    tanpa kemantapan hati rajawali
    mata kita hanya melihat matamorgana

    rajawali terbang tinggi
    membela langit dengan setia
    dan ia akan mematuk kedua matamu
    wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka

    -W. S RENDRA

    (Penyair agung Indonesia)


    Posted at 09:48 pm by azuna
    Make a comment  

    Sunday, March 16, 2008
    Lagak Sang Penguasa I dan II

      

     Lagak Sang Penguasa I


    Lagak Sang Penguasa,
    di sebuah negara kaya,
    hasil mahsulnya tidak terkira,
    rakyatnya masih hidup sengsara.

    Sang Penguasa tua,
    telah lama hilang kuasa,
    mahu campur urusan negara,
    tiada siapa mengindahkannya.

    Sang Penguasa baru,
    ekonomi menjadi lesu,
    harga barang naik bertalu-talu.
    rakyat susah tak ambil tahu.

    Sang Penguasa tamak,
    harta rakyat habis dirompak,
    mengayakan anak beranak,
    rasuah dan tidak berakhlak.

    Sang Penguasa bimbang,
    pecah sudah segala tembelang,
    pilihanraya yang akan datang,
    kuasanya bakal di tumbang.

    Wahai Sang Penguasa,
    rakyat tidak selalunya buta,
    penindasan tidak kekal lama,
    segala kepincangan terbongkar jua.

    -Azuna-

    Selepas 8 Mac yang lepas...

    Lagak Sang Penguasa II

    Sang Penguasa kehilangan kerusi,
    masih tidak sedarkan diri,
    terus di buai mimpi,
    walau rakyat sudah benci.

    Sang Penguasa melatah,
    habis semua disalah,
    berbohong tak sudah-sudah,
    masih tak mahu mengalah.

    Sang Penguasa bongkak,
    masih mahu berlagak,
    cakap tak guna otak,
    masih nak buat lawak.

    Sang Penguasa tersepit,
    rakyat mula menjerit,
    minta dia turun segera,
    rakyat dah mula loya.

    Wahai Sang Penguasa,
    Turunlah segera,
    ramai yang dah tak suka,
    apa lagi yang nak dikira.

    -AZUNA-
    Tahniah kepada rakyat yang sudah bangkit menolak Penguasa yang bongkak.
    Wink

    (Sajak yang pertama di siar semula atas permintaan rakan-rakan)



    Posted at 10:47 am by azuna
    Make a comment  

    Wednesday, February 13, 2008
    Apabila Gong Berbunyi

       

    Apabila Gong Berbunyi

    Pabila gong berbunyi,
    memecah kesunyian dini hari,
    menyentap jantung yang lama berhenti,
    mencuit lamunan yang jauh pergi.

    Pabila Gong sekali lagi berbunyi,
    kuat di palu mengikut tari,
    ku bangun cuba berdiri,
    melangkah cuba menari.

    Gong di palu bertalu-talu,
    langkah ku sumbang tak ikut lagu,
    keras jariku melenggok malu,
    tariku sumbang keras dan kaku.

    Pabila bunyi gong mula berhenti,
    Aku masih berdiri,
    cuba bernafas kembali,
    mencari diri yang hampir mati.

    -Azuna-


    Posted at 07:50 pm by azuna
    Make a comment  

    Previous Page Next Page