|
manchester gay village
Wednesday, August 06, 2008
 Camar Ingin Pulang Burung camar putih, mendepang sayapnya, ingin kembali pulang ke sarang. Burung itu patah sayapnya di sambar helang bertenggek di batu merenung sayu pada lautan biru menunggu peluang untuk kembali ke daerahnya dulu. Burung camar itu berlagu sayu, merayu penuh sendu, hajatnya untuk bertemu ibu terhalang oleh kepincangan pada diri akibat takdir Ilahi. -Azuna- (Ibu Sang Camar sudah tiada untuk menyambutnya bila pulang nanti)
Posted at 08:26 pm by azuna
Permalink
Monday, August 04, 2008
Kucingku Sayang Meow, meow.. kucingku.. menunggu susu dari ibu, berebut kehangatan selalu, menanti belaian dari ku. anak kucingku.. melompat riang, berlari girang, aku sayang. Meow meow.. kucingku ku rindu suara itu, ditiup angin bayu makin jauh di telan waktu. -Azuna-
Posted at 01:58 pm by azuna
Permalink
Sunday, July 20, 2008
Sang Rajawali Difitnah Lagi
 Sang Rajawali Difitnah Lagi
Sang Rajawali difitnah lagi, sepuluh tahun masih diingati, dipukul setengah mati, dipenjara di sangkar besi.
Rajawali mahu terbang tinggi kini, namun ramai mata yang iri, beliau difitnah lagi, oleh mereka yang berkepentingan diri, dan yang hidung tinggi.
Rajawali tidak mudah mengalah, tidak mudah menyerah, demi maruah..
-AZUNA-
Posted at 08:53 am by azuna
Permalink
Sunday, July 13, 2008

Sehelai Sejadah Biru
Sehelai sejadah biru, terhampar di ruang tamu, menunggu waktu, bila nama Mu di seru.
Sehelai sejadah biru, penunggu setia ruang itu, walau tiada yang bertandang, sejadah tetap terbentang.
Sehelai sejadah biru, tidak jemu menunggu, walau semakin di lupa, pemilik yang sibuk dunia.
-Azuna-
Posted at 09:33 pm by azuna
Permalink
Wednesday, June 18, 2008

Ibu Telah Pergi
Ibu telah pergi, dipanggil Illahi, doaku iringi agar rohmu dilimpahi rahmat illahi.
Al Fatihah..
(ibu Azuna telah kembali kerahmatullah pada 18 Jun 2008)
Posted at 08:54 pm by azuna
Permalink
Sunday, June 15, 2008

Suara
Ku dengar suara, menyeru Illahi,
Melantun suaranya, memecah sunyi,
Ku dengar suara, berzikir lagi,
Melantun suaranya, memecah sepi,
Ku dengar suara, bergema kembali,
Mengembalikan mimpi, mengusik memori,
Suara berbisik, mengetuk sepi,
Berbunyi gemersik, seakan mengaji.
Suara .. oh suara terhenti kini, tidak berbunyi lagi, tika nafasnya berhenti,
M..A..T..I..
-Azuna-
Posted at 08:07 pm by azuna
Permalink
Wednesday, April 16, 2008

RAJAWALI
(sajak W.S Rendra)
Sebuah sangkar besi tidak bisa mengubah rajawali menjadi seekor burung nuri
rajawali adalah pacar langit dan di dalam sangkar besi rajawali merasa pasti bahwa langit akan selalu menanti
langit tanpa rajawali adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma tujuh langit, tujuh rajawali tujuh cakrawala, tujuh pengembara
rajawali terbang tinggi memasuki sepi memandang dunia rajawali di sangkar besi duduk bertapa mengolah hidupnya
hidup adalah merjan-merjan kemungkinan yang terjadi dari keringat matahari tanpa kemantapan hati rajawali mata kita hanya melihat matamorgana
rajawali terbang tinggi membela langit dengan setia dan ia akan mematuk kedua matamu wahai, kamu, pencemar langit yang durhaka
-W. S RENDRA
(Penyair agung Indonesia)
Posted at 09:48 pm by azuna
Permalink
Sunday, March 16, 2008
Lagak Sang Penguasa I dan II
Lagak Sang Penguasa I
Lagak Sang Penguasa, di sebuah negara kaya, hasil mahsulnya tidak terkira, rakyatnya masih hidup sengsara.
Sang Penguasa tua,
telah lama hilang kuasa, mahu campur urusan negara, tiada siapa mengindahkannya.
Sang Penguasa baru, ekonomi menjadi lesu, harga barang naik bertalu-talu. rakyat susah tak ambil tahu.
Sang Penguasa tamak, harta rakyat habis dirompak, mengayakan anak beranak, rasuah dan tidak berakhlak.
Sang Penguasa bimbang, pecah sudah segala tembelang, pilihanraya yang akan datang, kuasanya bakal di tumbang.
Wahai Sang Penguasa, rakyat tidak selalunya buta, penindasan tidak kekal lama, segala kepincangan terbongkar jua.
-Azuna-
Selepas 8 Mac yang lepas...
Lagak Sang Penguasa II
Sang Penguasa kehilangan kerusi, masih tidak sedarkan diri, terus di buai mimpi, walau rakyat sudah benci.
Sang Penguasa melatah, habis semua disalah, berbohong tak sudah-sudah, masih tak mahu mengalah.
Sang Penguasa bongkak, masih mahu berlagak, cakap tak guna otak, masih nak buat lawak.
Sang Penguasa tersepit, rakyat mula menjerit, minta dia turun segera, rakyat dah mula loya.
Wahai Sang Penguasa, Turunlah segera, ramai yang dah tak suka, apa lagi yang nak dikira.
-AZUNA- Tahniah kepada rakyat yang sudah bangkit menolak Penguasa yang bongkak. (Sajak yang pertama di siar semula atas permintaan rakan-rakan)
Posted at 10:47 am by azuna
Permalink
Wednesday, February 13, 2008
Apabila Gong Berbunyi
Pabila gong berbunyi, memecah kesunyian dini hari, menyentap jantung yang lama berhenti, mencuit lamunan yang jauh pergi.
Pabila Gong sekali lagi berbunyi, kuat di palu mengikut tari, ku bangun cuba berdiri, melangkah cuba menari.
Gong di palu bertalu-talu, langkah ku sumbang tak ikut lagu, keras jariku melenggok malu, tariku sumbang keras dan kaku.
Pabila bunyi gong mula berhenti, Aku masih berdiri, cuba bernafas kembali, mencari diri yang hampir mati.
-Azuna-
Posted at 07:50 pm by azuna
Permalink
Sunday, December 30, 2007

Melabuhkan Tirai Blogku
Ingin ku labuhkan tirai blogku, menutup tirai tahun baru, menamatkan ilusi dan fantasi, yang sekian kali bermain di sini. kerana jejari ku sudah letih berpuisi, sudah kekeringan isi, sudah ketandusan puisi..
Aku, sudah tidak punya masa lagi, untuk mencurahkan puisi-puisi di sini, di blog yang kelam, dan suram.
Jejari ku sudah keras menari, walau puas ku cari, rentak yang merdu, namun, tidak rancak seperti dulu, kerana masa mengejar aku, aku perlu pantas, berlari mengejar mimpi, yang semakin jauh meninggalkan aku, sendiri di sini.
Ah... maaf wahai teman, aku tidak bisa berpuisi lagi.. walau ku hentakkan jejari ku di papan kekunci ini, ia tetap keras dan kaku, puisi ku sayu dan sendu, Aku... ingin berundur diri, mencari rentak yang semakin sumbang, semakin hilang...
-Azuna-
Salam Tahun Baru buat teman-teman blog yang banyak memberi sokongan pada Azuna selama ini...saat-saat manis tetap Azuna simpan dalam kotak memori ini.

Posted at 09:48 pm by azuna
Permalink
|
|